BREAKING NEWS

Prince Become a King

Mega TTS 135LC 5th Edition 2016



           Malam sebelum Mega TTS ni memang susah nak tidur. Biasalah kalau ade benda menarik keesokan harinya, malam tu mesti aku susah nak tidur. Excited kot? Haha. Mana tidak nya, lepas keluar Calander Ride LCCPK ( LC Crew Perak ) masa awal tahun, memang aku dah set in mind nak pergi. Kali terakhir tengok jam pukul 3:00 pagi dan aku bangun pukul 6:30 pagi. Pukul 7 dah gerak ambil Puteri Fatin ni dulu dan terus gerak ke rumah Haziq.




          Seperti yang dijanjikan pukul 8:00 berkumpul kat stadium Ipoh. Datang-ii dah ramai kat sana tu. Tak boleh lah nak kira berapa orang. haha. Then ade breafing sikit oleh marshall. Beritahu laluan dan tips-ii keselamatan. Pukul 9:00 pagi Dari stadium masuk ke highway then exit Simpang Pulai terus ke Sri Iskandar sebab ade rakan-ii dari division Batu Gajah tunggu di situ kemudian terus ke Teluk Batik. Akhirnya tiba pada pukul 11:30.



Tampal Sticker Parking



          Mega TTS ni diadakan setiap tahun oleh LCCPK dan banyak kelab pengguna motorsikal 135LC dari seluruh Malaysia juga turun untuk support event ni. Sampai di Teluk Batik, crew akan tampal sticker parking kat motor. Free je sebab benda ni untuk tanda berapa banyak motorsikal 135LC yang hadir. 2500 sticker parking habis dilekat, tapi masih ramai yang datang. Dianggarkan lebih kurang 3000 motorsikal 135 LC yang ada.



          So, ada beberapa acara lah yang diadakan macam motor paling perlahan, tarik tali, auto show and paling penting sekali cabutan bertuah. Tahun ni Grand Prize Helmet Shoei 3 biji.  Ada jual-ii juga macam baju , sticker , helmet. Owh, baju event ni aku bayar awal-ii dekat Wan Ancik. RM40 termasuk sticker , button and cabutan bertuah. Haha malang nya tak bertuah nak dapat apa-ii hadiah.

       
Grand Prizes untuk cabutan bertuah




















         Aku, Fatin and Haziq sampai-ii terus cari air and makanan. Pastu pergi kat pantai, cari kerusi yang boleh landing-ii tu, tapi semua full. Ya Allah. Mata semua udah lah dah rabak. Nak baring takde port.  Entah macamana time nak beli aiskrim tetiba ada abang ni tanya cari kerusi ke, Ya Allah memang bersyukur sangat. Seronok je dapat baring.  Haaa.





Bergambat kat motor idola


          Sampai pukul 7:00 tunggu cabutan bertuah ditemani hujan. Tapi tak dapat. Haha. Takde rezeki... Then lastly gerak balik. Ingat nak makan tapi masing-ii macam kene balik awal. So 7:30 gerak. Balik dalam gelap. But still lagi nak meroket. Paling bangang sekali, kat Traffic Light, Haziq tunjuk kiri aku, "Hairy, ni bukan jalan nak ke Wakaf PARTS ke?" Pastu toleh kanan dia dah pulas tinggalkan aku. Pastu kat depan, dia memanggil aku suruh kejar. Hahaahhahaha

Dah makin tak mampu nak support minyak awak ni yang dah macam air je berjalan








Mega TTS 135LC 5th Edition 2016 Mega TTS 135LC 5th Edition 2016 Reviewed by Hairy Idham on 08:16 Rating: 5

No comments:

Sora Templates